CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 3, 2011

Rahsia Di Sebalik Tasyahud

Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..

Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah " Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini… Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku… Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah… Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah…..

Monday, May 2, 2011

KU GUGURKAN CINTA KERANA ALLAH

Menerima sms tanpa diundang yang sengaja memenuhkan inbox pesanan handset lewat 2 hari yang lalu, sedikit sebanyak membuatkan aku terganggu.
“Khabar apakah Umar di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya. Maaf, kiranya sms ini menggangu. Masih ingatkah Umar pada Husna?”
Husna, mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang menyepi hampir 3 tahun yang lepas seusia dengan tahun pengajianku di sini. Nama yang mencatatkan kelukaan pada hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis, tatkala menerima balasan pertama kali untuk mendekati gadis ini ketika di tingkatan 4, Maahad Johor. Namun, khabar yang kuterima di pertengahan semester pengajian untuk mengambil peperiksaan STAM membuatkan aku terkedu. Lantas ku atur langkah menuju ke kota raya, cuba untuk mencari ketenangan bagi kelukaan ini.
“Umar, maafkan Husna. Husna masih menyayangi Umar. Perasaan Husna masih segar seperti 5 tahun yang lepas…”
Aku tersenyum membaca sms yang ke 2. Senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya. Mungkin aku mendabik bahawa aku menang! Dia kembali kepadaku, seperti yang pernah dilafazkan oleh teman akrabku, jika hatiku benar-benar mengasihinya dia pasti akan kembali padaku. Benar teman, kini dia kembali!

“Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan…”
Ya aduhai, kata-kata yang membuatkan darahku tersirap. Pedih! Nak nak ia dilafazkan oleh seorang perempuan. Cis, bengang sungguh ketika itu. Disapa oleh seorang sepupu yang ku kira paling “bengkeng” dan sombong. Jarang benar mencernakan senyuman. Hanya wajah selamba yang dipamerkan.
Ini semua, Angah punya pasal. Dicanangkan seluruh famili ketika syura keluarga akhir bulan itu. Malu sangat. Mahu rasanya ditukar Angah menjadi katak yang paling hodoh!

“Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ker? Rugi Ayah Chik menghantar awak belajar di sana.”

Sibuk sungguh kau perempuan. Hatiku yang parah ini kau simbah dengan limau nipis. Memang kau perempuan yang tidak mengerti. Tiada daya lagi untuk kumenjawab setiap peluru bicara yang dihamburkan oleh gadis berwatak serius itu. Ya kau menang?! Akurkah aku dengan setiap patah-patah kata yang begitu melukakan hati… tapi sukar untuk kunafikan kerana maujud kebenaran dalam senjata bicara itu… benar aku insan dhaif yang lemah.. lemah dengan cinta manusia yang sia-sia… aku tertunduk lesu.

“Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. “
“Tidak salah jika saya mengatakan cinta yang awak dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk awak jadikan role model?”
“Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?! Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah,”

Bisa benar kata-kata daripada mulut mungil itu. Aku dikatakan buta mata dan hati?! Benarkah telahan gadis itu? Hai, bukan awak yang merasa pedihnya hati ini, mudah benar membuat rumusan yang tidak adil itu, cuba kena pada batang hidung sendiri, mahu meraung.
”Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan awak. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang… Aduhai lelaki, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana,”

Bulat mataku memandang wajah mulus bertudung labuh itu. Sapaannya di rembang itu ketika berselisih di dapur rumah opah menyemarakkan lagi khutbahnya. Aku hanya memandang. Ingin aku membalas tapi memandangkan Angah yang tersengih di sebelahnya, aku memujuk diri supaya menerima sahaja hemburan kata-kata itu.

”Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali penciptaMu, benar bukan?! Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!,”
Aku mencebik dan tersenyum sinis.

”Kau tidak percaya?! Lihat sahaja dirimu itu, mengalahkan ayam mati bini,”

Mungkin! Aku mengiyakan walaupun hanya di dalam hati akan kebenaran kata-kata itu. Melihat keadaan aku, memang sah lah seolah-olah menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad gila. Bertahun aku menganyam kasih bersama Husna, akhirnya aku ditinggalkan setelah aku menyerahkan seluruh kepercayaan aku padanya. Alasan yang cukup pasif, pada bicaraku. Menerima calon yang diusulkan oleh keluarganya. Sukar untuk aku menerima hakikat itu. Dan, inilah habuan yang aku terima. Pelajaran entah ke mana, kehidupan yang tidak terurus. STAM, bakal menyapa tidak kurang daripada 2 bulan lagi. Dan aku tidak menjanjikan bahawa sebarang kejayaan bakal ku raih pada keluargaku.

”Kau terlalu naif?!,”

Aku tersentak, benarkah?

”Lihatlah wajah-wajah babahmu, umimu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu,”

Mendatar kalimah itu.

”Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu? Sudah lama benar aku tidak mendengar suaramu memuji Kalam Allah itu. Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh untuk dirimu, keluargamu, dan agamamu. Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu,”
Aku meneliti bait-bait yang terlontar.

”Aku tidak menafikan manusia itu tidak memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nian indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali,”

”Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya,”
Dia melepaskan satu keluhan.
”Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah… sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya,” 

Pengakhiran ceramah cinta itu, dia berlalu tanpa memandang wajahku. Angah ku lihat menitiskan air mata. Kenapa? Terbit persoalan itu.

”Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah,”

Terluncur kata-kata daripada Angah yang tidak pernah aku jangka kan. Malam itu, lama aku bermunajat dan berteleku di atas sejadah. Qalam mulia itu kembali intim di bibir, tidak sekadar hanya merenung seperti kebiasaanya. Malam itu menyaksikan air mata lelaki ku, tumpah jua akhirnya, biarpun ia bukan yang pertama. Tapi, kali ini ia tumpah pada yang berhak. Menangisi kepasifan diri ini. ..
Serasanya itulah kali pertama aku merasakan akulah insan yang terlalu bodoh. Mendamba cinta yang hanya memberikan aku kesakitan. Tapi, Dia masih menyayangi diriku ini. Dikirimkan seorang insan untuk menegur kealpaanku. Dialah yang menyedarkan aku. Tapi, aku tahu ucapan terima kasih itu takkan dia terima sebaliknya dia pasti akan menyuruh aku menyampaikan ucapan terima kasih ku pada yang jauh lebih berhak.. pada Allah.
Benar, kata-katamu itu terlalu benar. Itulah kisah tiga tahun lepas. Kini, aku sudah mampu tersenyum. Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang cuba untuk meraih ciri-ciri calon soleh yang pernah singgah di pendengaranku ini. Dan aku takkan berputus asa, takkan malu memohon padaNya moga akulah calon soleh untuk meraih cintaNya yang abadi.
Kepada sepupuku, Mardhiahtul Aliah… terima kasih atas sindiran sinismu itu. Terlalu pahit, tapi buah kemanisan iman itu sudah kutemui. Husna, juga ucapan terima kasih. Kerana jika dia tidak memutuskan hubungan itu, pasti aku takkan mengenal hakikat diri.
Sms Husna ku balas…

”Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,”

CINTA KERANA ALLAH

Maksud Hadith Nabi S.A.W.
:-“Tidak beriman seseorang dari kamu sekiranya nafsunya tidak mengikuti apa yang aku bawa”.
Kepada, Ikhwan Muslimin dan Muslimat yang masih lagi mentah dan bujang..
Tiada kata-kata yang lebih baik daripada kata-kata junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang setiap perbuatannya dijaga oleh Allah S.W.T.
Berdasarkan hadith S.A.W. ini jelas menunjukkan barangsiapa yang mengikuti nafsunya, mudah terdorong dengan nafsu, mereka masih lagi tidak sempurna imannya..
Bukan bermaksud antum tidak Islam, akan tetapi, Iman antum semua itu bagaikan debu tanah yang ketiadaan air yang dapat melembapkan debu dan menyuburkannya.
Jelas, mengikut adat percintaan AJNABI(Lelaki dan Perempuan yang sah akad nikahnya) zaman sekarang bukanlah dengan nama Allah lagi dan mengikuti hawa nafsu.
Buktinya ialah:-
1) Orang lelaki dengan bebasnya mengajak perempuan yang murah lagi tiada maruah untuk menaiki motosikal bersama-sama.
2) Orang lelaki dan perempuan juga mula berkeinginan untuk berjumpa(DATING) dan akan ketagih akannya.
3) Orang lelaki bebas dapat memegang tangan perempuannya tanpa sebarang hubungan yang sah.
4) Orang lelaki itu bebas mendengar suara merdu perempuan itu ketika mereka bergayut(takkan perempuan nk bercakap guna suara kasar dgn lelaki yang dicintainya).
5) Mula-lah lelaki itu mengambil tahu hal-hal peribadi perempuan itu seperti kedatangan haid, dan macam-macam lagi.
6) Mereka akan juga berSMS setiap masa, sehingga dipinggirkan Allah dalam ingatan mereka.
7) Selepas CINTA makin melalaikan mereka, lelaki itu dengan mudah sahaja menyentuh dan melakukan apa saja kepada perempuan yang murah lagi tiada maruah itu atas dasar CINTA akan masing-masing.
Jelas, inilah yang berlaku dalam seharian kehidupan lelaki dan perempuan yang berCINTA.
Kalau nak dibandingkan dengan percintaan atas nama Allah, seorang lelaki itu akan sentiasa berjauhan dengan AJNABI walaupun hanya setakat berSMS untuk meluangkan masa.
Hukum asal percintaan adalah HARUS kepada sesama manusia atas dasar agama, sekiranya dicampur dengan percintaan yang berasaskan hawa nafsu, maka CINTA itu menjadi HARAM dan DILAKNAT oleh Allah S.W.T dan lebih-lebih lagi terbabit dengan ZINA HATI(rindu dan mebayangi si dia)..
Pilihlah, sama ada antum yang membaca artikel ini, sekiranya anta/anti seorang ISLAM yang “Qad-Aflahal-Mukminun”(Al-Mukminun,1) maka tinggal lah CINTA itu!.
Satu2nya CINTA yg diredhai oleh ALLAH adalh CINTA SELEPAS NIKAH..
Sesungguhnya kita tidak lari melakukan dosa, akan tetapi, pintu taubat Allah masih lagi terbuka dengan luasnya.
Cintakan bunga,bunga akan layu..
Cintakan manusia,manusia akan mati..
Cintakan ALLAH,kekal abadi..
WALLAHU’ALAM…

BIODATA IBLIS LAKNATULLAH

BIODATA IBLIS

  • NAMA : IBLIS LAKNATULLAH.
  • TARIKH LAHIR : BERMULA SEJAK KEENGGANAN UNTUK SUKA KEPADA NABI ADAM
  • STATUS : FASIK ( KELAS PERTAMA )
  • AGAMA : KUFUR
  • TEMPAT TINGGAL ( DUNIA ) : DI DALAM HATI MEREKA YANG LALAI
  • TEMPAT TINGGAL ( AKHIRAT ) : NERAKA JAHANAM
  • KAWASAN LEGAR : SETIAP TEMPAT YANG DI DALAMNYA TIADA USAHA UNTUK MENGINGATI ALLAH
  • ARAHAN PERJALANAN: TIADA & BENGKANG BENGKOK
  • ISTERI DUNIA : WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURAT, TIDAK MENTAATI ALLAH, RASUL & SUAMI
  • KAUM KERABAT : GOLONGAN YANG MENENTANG DAN MEMUSUHI ALLAH
  • MODEL PUSINGAN : ANGAN-ANGAN KOSONG
  • TEMPAT PERTEMUAN : SHOPPING COMPLEX
  • MUSUH KETAT YANG DI TAKUTI : ORANG ISLAM, MUKMIN YANG BERTAQWA & BERIMAN
  • HOBI/KEGEMARAN : MELALAIKAN, MENYESATKAN, MENGODA MANUSIA UNTUK MELUPAKAN ALLAH
  • MATLUMAT : MAKHLUK MENJADI BUTA ( KAFIR) DAN AKHIRNYA TURUT SERTA BERSAMANYA DIDALAM NERAKA JAHANAM
  • KELEMAHAN : ORANG YANG RAJIN BERZIKIR, BERISTIGHFAR
  • LAMBANG : SEBARANG TATU
  • PEJABAT OPERASI : TANDAS, TEMPAT MAKSIAT
  • RAKAN KONGSI : GOLONGAN MUNAFIK, SYAITAN YANG TERDIRI DARIPADA JIN DAN MANUSIA YANG JAHIL
  • SUMBER KEKAYAAN: HARTA HARAM, RIBA
  • MAKANAN KEGEMARAN : DAGING ORANG MATI, NAJIS, SEGALA KEKOTORAN
  • TEMPOH PERKHIDMATAN : SEHINGGA HARI KIAMAT.

P/S: KITA SEDANG KEMBALI KE ZAMAN JAHILIAH BESAR
KEMUNGKINAN KITA ADALAH UMMAT AKHIR ZAMAN. ALLAH
PASTI AKAN MENGAZAB ORANG YANG MELUPAKANNYA. JADI MARILAH SAMA-SAMA KITA BERMUHASABAH DAN MEMBAIKI DIRI KITA SENTIASA
SEMOGA KITA DARI GOLONGAN ORANG YANG MUKMIN DAN
ORANG YANG BERTAQWA. AMIN.......................

Dahwah Itu Cinta

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar

seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat

dingin dan hujan mulai turun..

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan

seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".. "Ayah bukankah ini

masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada

anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah

hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun

yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan

risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.

Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari

siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula

mengatur langkah menghampiri rumah itu.

Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil

keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.

Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah".

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam

memberikan ceramahnya.

Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah

perempuan separuh umur itu.

"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan

dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.

Kemudian ia berbunyi lagi.

Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini

setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi

ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.

Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan

makcik dan sentiasa memelihara makcik"

itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.

Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.

Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara

kamu!

Komentarku: Jalan-jalan Syurga itu jelasnya bidznillah(dgn izinNya) melalui Shahadatul Haq yg kita pelajari yok?

Betapa ramainya di luar sana yg masih leka dan lalai. Betapa ramainya mereka di luar sana yg masih tidak tersedar akan penipuan duniaan ini.

Betapa ramainya di luar sana yg masih tercari-cari nikmat yg kita kecapi kini. "Wailullil mukazzibin", "Fabiayyi ala irrobbikuma tukazziban" berulang2 kali di peringat oleh Tuhan pada kita.

"Celakalah mereka yg mendustakan" ,

"Dan nikmat Tuhanmu yg mana yg kamu dustakan?"

Nikmat Islam dan Iman yg kita kecapi kini, bukanlah murah harganya, bukanlah sekadar utk diri. Jelasnya untuk dikongsi dan diseberkan, kerna nikmat ini bisa diambil tiba-tiba oleh siapa2 yg tidak menghargainya untuk diganti oleh orang lain.

Byk sekali diremind oleh Tuhan, jika kamu tak nak buat kerja ini, fine Aku gantikan dgn org yg lebih baik drpd kamu. Jatuhla serendah2nya mereka yg tahu tapi menyimpan kebenaran bagai bani Israel yg dilaknat Allah karena mendustakan ayat2nya itu.

Jelasnya, kita sudah sedari yok? Maka, teruslah pentarbiyahan ini demi kemaslahatan dirimu yg terutamanya, dan demi keluarga serta manusia sejagat, kerana kita ini ummatan wasato, umat pertengahan yg disatukan atas dasar akidah, bukan kerana minatnya bola, kariernya serupa, kerana kita membawa satu fikrah yg sama, menegak kalimah Shahadah di bumi bertuah ini.

Benarlah, ujian demi ujian akan dilontarkan pada manusia yg ingin diangkat Allah satu derajat ke derajat yg lain. Kerana itu, kamu bisa akan menghadapi ujian demi ujian, ujian Xbox, ujian habis exam, ujian masa lapang, ujian banyak wang, ujian ramai kawang perempuang, ujian nak tinggalkang jahiliyah2 yg masih bertapak di hati, semuanya untuk mengetest sejauh mana keimananmu terhadap Allah azza wajal, sejauh mana kamu akan diangkat rapat ke sisi Allah subhanahu wata'ala..

Jangan gentar, jangan gusar, kerana matelamat kita hanyalah Allahu rabbi warabbukum dan Allah bersama-sama mereka yg berjuang demi agamaNya. Lagipun bukankah ini yg kita mahu??

Melihat wajah Allah S.W.T. dan mendapat pangkat "Allah redha akan kamu, dan kamu redha akan Allah"?? Bersama Rasulullah S.A.W. di dalam syurga, mencium pipi halus Baginda, mengucapkan Salaaam kepada Baginda dan Baginda bertutur yang baik2 dengan kita??

Bukankah ini yang kita mahukan??

Karena kita takkan bisa, sekali-kali takkan bisa mampu melihat neraka JahannamNya, apatah lagi disiksa ditortur walau sedetik walau seminit di dalamnya.

Diikat dirantai dengan tali besi panas membara disula dengan besi tajam tembus hingga ke muka dilempar dilempang malaikat bengis hingga hancur muka dibakar dipanggang hangus diganti kulit semula dipotong dibelah dicarik-carik dimamah daging-daging tanpa belas kasihan haus haus, diberi minum air nanah dan darah yg likat serta menggelegak, busuk dan jijik menghancurkan mulut serta isi perut, diberi makan buah zaqqum berduri2 hingga merobek perut menghancur isi badan.

Semuanya berulang - ulang kali.. mungkin sejuta tahun, mungkin 1 billion tahun, mungkin selama-lamanya. .

Ya Allah takkan pernah terbendung azabMu itu. Ingatlah janji Allah itu benar pastinya. Maka dengan itu, jangan patahkan pedangmu, jangan buang perisai imanmu. Kerana perjalanan ini masih panjang.

Allah itu Maha mengasihani dan penyayang bener pada hamba2Nya, takkan pernah dimungkiri janji2Nya pada mereka yg berada di jalan ini. Allah tidak pernah membebankan satu beban yg tidak mampu ditanggung oleh mana-mana makhlukNya semenjak awal ilal akhir.

Maka yakinlah, dakwah ini kita mampu tanggung bersama-sama. Jarak jauhnya tidak pasti, janji syurgaNya pasti.

Kerana kita cuma ada Satu Destinasi akhir, menuju Satu Cinta yg abadi.

Wallahua'alam.Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Wallahua'alam.